NASI DAGANG BONDA
BAHAN2 NASI DAGANG:
1. Halia (di potong panjang2)
2. Halba (di rendam sehingga kembang & campur didlm santan)
3. Santan pekat
**Beras yg blh digunakan: beras siam @ beras basmati
** 1kg beras + 1 genggam beras pulut (bg yg menggunakn beras biasa)
** 1kg beras = 5 org mkn
CARA2 KUKUS NASI DAGANG:
1. Basuh beras yg di campur pulut & rendam selama 1 mlm.
2. Kukus nasi sehingga masak
3. Selepas kukus, keluarkan nasi & gaulkn dgn air sehingga nasi jadi
lembut. (jangan terlalu banyak air)
4. Kukus sekali lagi nasi yang telah digaul air tadi.
5. Masukkan garam, halba & halia ke dlm santan pekat.
6. Apabila nasi yang telah dikukus kali ke 2 tadi sudah masak, gaulkan
dengan santan.
**1 gantan beras (4kg) = 1 genggam garam kasar
BAHAN2 GULAI NASI DAGANG:
1. Rempah gulai nasi dagang
2. Bawang merah (kisar)
3. Bawang putih (kisar)
4. Halia (kisar)
5. Lengkuas (kisar)
6. Cili boh
7. Cili padi
8. Kunyit hidup
9. Santan pekat
10. Gula melaka
11. Belacan
12. Ikan tongkol
13. Asam keping
** ikan tongkol dikukus bersama asam keping, garam kasar & lengkuas
sehingga masak. Selepas itu,tabur sedikit gula di atas ikan yg telah di
kukus tadi.
CARA2 MASAK GULAI:
1. Gaulkan rempah gulai bersama bahan2 yang telah dikisar & cili boh.
2. Tumis rempah yang telah digaul itu sehingga garing.
3. Masukkan santan & sedikit air sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan yang telah dikukus tadi bersama belacan & gula melaka.
5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan cili padi.
**gulai nasi dagang hendaklah dimasak manis sedikit.
**gulai tidaklah terlalu pekat.(ikut selera masing2)
Note: Resipi ini diperolehi daripada ibunda tercinta..Resipi nasi dagang terengganu
mesti try nih....hehe
ReplyDelete